Sinopsis Teman Lelaki Upahan



Sinopsis Teman Lelaki Upahan

Hanya kerana satu insiden kecil, EL( Ezwan Lufti) terjebak dengan syarat gila Kyra Lydia.
Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, EL dan Lydia bersetuju yang mereka disatukan.Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri
Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?