Sinopsis Istikharah Cinta





Sinopsis Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3

Drama Istikharah Cinta mengisahkan mengenai perkahwinan Airil (Zul Ariffin) dan Dina Alia (Faye Kusairi) yang disatukan tanpa ada rasa perasaan cinta. Mereka belajar untuk mencintai satu sama lain selepas berkahwin. Pembukaan cerita mengisahkan Airil yang pernah berkahwin dengan Aiza (Nonny Nadirah) namun bercerai talak satu disebabkan oleh pihak ketiga iaitu Dr. Rizal (Nizen Ayob). Tempoh perkahwinan Airil dan Aiza begitu singkat hanya dalam tempoh setahun nikah. Perceraian Airil dengan Aiza telah memberi kesan yang mendalam terhadap Airil selama 4 tahun tempoh cerai. Setelah 4 tahun berlalu, Airil telah bertemu dengan Dina Alia tanpa sengaja di sebuah restoran. Pada ketika itu, Airil langsung tidak pernah mengenali Dina Alia namun perwatakan dan gelagat Dina Alia telah menghiburkan hati Airil yang selama ini berduka akibat bercerai sejak 4 tahun lalu.

Sejak bertemu kali pertama, siapa sangka bahawa pertemuan dengan jejaka kacak Airil bakal menjadi insan yang istimewa buat Dina Alia. Bagaimanakah pertemuan kisah cinta Airil dan Dina Alia sebaik Airil bercerai ? Ikuti drama Istikharah Cinta hanya di Slot Akasia TV3.



Sumber: melvister.com